Penanti Yang Tidak Dinanti..Dr Novandri Hasan BasriRata-rata media perdana negara kurang menyentuh pilihanraya kecil Penanti yang akan diadakan esok. Cuma yang disiarkan ialah isu pemimpin PKR yang berdolak dalih, flip flop yang dahulunya mencabar seorang calon bebas supaya mengemukakan bukti bahawa beliau cuba disogok oleh PKR agar tidak bertanding di Penanti.
Kemudiannya pemimpin PKR menterbalikkan kata-kata mereka dan mengaku pula bahawa ada orang yang datang untuk 'membeli' calon bebas itu tapi bukan di atas arahan kepimpinan tertinggi PKR.
Apakah pemimpin PKR ingat bahawa kita semua ini terlalu bodoh sehinggakan akan mempercayai kata-kata dusta pemimpin PKR itu?
Bak kata, once a liar always a liar seperti pemimpin tertinggi mereka, DS Anwar Ibrahim.
Sekarang pula ada dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO akan membawa keluar pengundi-pengundi Penanti semasa hari mengundi. Dakwaan ini merupakan permainan politik parti pembangkang yang serkap jarang dan pemimpin-pemimpin UMNO mesti mengambil tindakan keras ke atas mereka itu dengan mengemukakan saman agar mereka itu tidak lagi mengeluarkan dakwaan-dakwaan yang membuta tuli dan tidak berasas.
Walaubagaimana pun, PK Penanti masih menarik untuk diulas dan diberikan pandangan, lebih-lebih lagi apabila Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengeluarkan satu kenyataan yang menarik untuk dikongsi bersama.
Beliau berkata bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding.
"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.Penulis bersetuju dengan kenyataan Zainal Abidin tapi kenapakah perlu diselit datuk dan nenek di dalam kenyataan beliau?
Penulis berpendapat bahawa ahli-ahli UMNO sudah matang untuk mengetahui tanggungjawab masing-masing dan tidak akan mengundi esok tanpa perlu kenyataan 'datuk dan nenek mereka'.
Penulis pernah menulis artikel mengenai PK Penanti. Penulis menulis :-
Jika dari segi teorinya, pilihanraya Penanti nanti akan bakal menyaksikan kehadiran pengundi yang paling sedikit sekali di dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia kerana kemeluatan penduduk Penanti terhadap parti PKR.
Realitinya, calon-calon bebas mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dari segi kewangan dan jentera pilihanraya masing-masing.
Dan keputusan PK Penanti seperti sudah diketahui ramai tetapi satu tindakan tegas dan keras perlu dilakukan agar kekosongan kerusi yang disengajakan seperti di Penanti tidak berlaku lagi dengan sewenang-wenangnya.
Sumber :http://novandri.blogspot.com/