Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat

Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
JJB


Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat Empty
PostSubject: Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat   Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat Icon_minitimeTue May 26, 2009 7:35 am

Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat

enteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mendahulukan kehendak rakyat sebagaimana dalam gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kehendak seluruh rakyat negeri Perak kini adalah mahukan satu pilihanraya bagi memilih kerajaan yang baru.

“Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak (mahu) mendahulukan kehendak rakyat, sebagaimana di uar-uarkan 1Malaysia, rakyat didahulukan,

“Maka kehendak rakyat negeri Perak melalui kajian yang kita buat, semuanya menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak mahukan hak mereka diberi untuk memilih kerajaan baru,”katanya ketika merasmikan program ‘Puasa dan Mogok Lapar’ Pakatan Rakyat Perak, di Ibu Pejabat DAP, disini, hari ini.

Katanya, mahkamah bukan institusi untuk menentukan siapa kerajaan, siapa Menteri Besar, tetapi ia adalah saluran untuk mentafsirkan undang-undang.

Tetapi penentu mutlak, katanya, adalah rakyat yang akhirnnya yang akan menjadi yang mahkamah sebenar.

Oleh itu, beliau berkata biarlah rakyat yang memilih kerajaan yang adil.

Menyentuh tentang program puasa ataupun mogok lapar yang dianjurkan, beliau berkata, apa jua nama yang diberikan kepada program itu adalah terpulang kepada tatacara, budaya dan agama serta bangsa masing-masing.

“Terpulang kepada peraturan, tatacara, budaya, agama dan bangsa masing-masing, tidak ada paksaan,

“bagi saya sebagai pemimpin PAS, menggalakkan orang-orang Islam berpuasa oleh kerana hari ini adalah 1hb Jamad-Al-Akhir, (dimana) pada 1hb disetiap bulan disunatkan kita berpuasa puasa sunat mutlak,”jelasnya.

Menurutnya dengan melaksanakan puasa sunat dan solat hajat serta berdoa memohon keredhaan Allah, membuka hati-hati manusia dan ditunjukkan kebenaran, semoga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang baru.

Dalam majlis yang sama, Nizar mewakili Pakatan Rakyat negeri Perak menerima sumbangan kewangan sebanyak RM200,000.00 daripada Ir. (B) Koon Yew Yin, pesara Lembaga Air Perak bagi meneruskan perjuangan menghadapi persiapan pilihanraya yang akan datang. -buletinonline

Back to top Go down
https://llll0o0llll.forumms.net
 
Nizar Cabar Najib Dahulukan Kehendak Rakyat
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Berita Umum Terkini-
Jump to: