UMNO Perlu Dijatuhkan Untuk DibangunkanAssalamualikum kepada semua sahabat dan para pelawat.1. Terdahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang tidak jemu-jemu untuk mengunjung dalam memberi sokongan untuk Blog ini.
2. UMNO pada masa kini adalah berbeza dengan UMNO dahulu dimana parti ini sekarang berdepan dengan pelbagai ancaman termasuk musuh diluar dan didalamnya.
3. Walaupun UMNO masih mempunyai kuasa dalam pemerintahan negara bergabung tenaga bersama parti kompenen lain tetapi yang jelas kelihatan parti ini sedang bergelora dan rata-rata orang mengatakan mereka tidak nampak yang UMNO bakal dipulihkan setelah sekian lama kehancurannya dipandang sepi.
4. Saya tidak berminat untuk mengali cerita siapa yang bersalah dalam kes ini tetapi secara jelas dalam fikiran saya adalah untuk mencari jalan penyelesaian dimana UMNO boleh diperkasakan semula untuk menjadi parti yang membela nasib bangsa, agama dan tanah airnya.
5. Memang tidak dapat dinafikan bahawa UMNO kini berada pada rekod yang paling teruk dalam ertikata lain UMNO kini sedang diserang H1N1 dan jika tidak dirawat dengan rapi ia berpontesi mejatuhkan UMNO.
6. Rakyat masa kini adalah dari mereka yang lebih berpengetahuan dengan teknologi yang kian hari kian canggih. Mereka banyak memanfaatkan dunia IT yang beritanya dihujung jari sahaja. Boleh dikatakan Rakyat kini sudah jemu dengan percaturan UMNO yang mana khabar gembira akan dapat dijangka hanya pada pilihanraya sahaja.
7. Mereka mahukan perjuangan untuk Rakyat sentiasa didahulukan daripada kepentingan pribadi oleh anggota parti. Perjuangan yang tulus adalah semata-mata untuk rakyat tanpa rasa berbelah bagi.
8. Persoalannya perlukah UMNO dijatuhkan untuk Dibangunkannya? Bagi mereka yang tiada kepentingan dalam parti menganggap ini adalah seharusnya kerana hanya jalan itu yang dapat mengembalikan UMNO kepangkal jalan. Bila terjadi demikian barulah orang melayu mahupun bangsa lain akan bertungkus lumus semula mengeratkan perpaduan dan mencorakan kembali BN seperti mana masa dahulu.
9. Lain pula bagi mereka yang berkepentingan pastinya akan menganggap pandangan ini hanya perbuatan sia-sia dan tindakan bodoh semata-mata tetapi ada kuasa pun tiada gunanya jika kita masih lagi tidak peka akan aura yang digelorakan oleh Rakyat.
10. Adakah UMNO telah berubah atau masih di awang-awangan perubahan? Pada saya amat mudah, jika UMNO rebah itu bukan satu kesalah atau kekalahan besar tetapi itu adalah permulaan yang baik untuk UMNO berubah dan pasti dari sudut itu anggota parti akan memastikan kepentingan parti melebihi kepentingan diri buat untuk selama-lamanya.
Sumber :http://proumno.blogspot.com/2009/05/umno-perlu-dijatuhkan-untuk-dibangunkan.html