Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம



Semoga anda ceria dan positif hari ini. Kehadiran
anda amat dialukan untuk mendapat semangat
berterusan.

Setiap ahli adalah setiap tangga untuk forum ini
maju ke hadapan.


Terima Kasih Daun Keladi Sudah Baca Lu Pikir La Sendiri.



Apa Kehe Yeop !!!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa Kehe Yeop !!!!

Welcome , Selamat datang , 歡迎 , வணக்கம
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid

Go down 
AuthorMessage
JJB
Admin
JJB


Posts : 211
Join date : 22/05/2009
Location : Malaysia

Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid Empty
PostSubject: Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid   Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid Icon_minitimeThu May 28, 2009 8:30 am

Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid
Abdul Rahim Sabri | May 28, 09 3:22pm

Seorang bekas aktivis reformasi turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau adalah bekas exco Pemuda PKR, Azwanddin Hamzah yang pernah menyertai siri demontrasi termasuk 'Black 14' dan demonstrasi 100,000 rakyat di Lebuh Raya Kesas pada tahun 2001.

Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid Macai10

'Black 14' adalah sambutan bantahan tahunan terhadap tindakan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah.

Demonstrasi 100,000 rakyat pula diterajui gerakan reformasi yang turut disertai pemimpin PKR untuk terus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan perdana menteri.

Azwanddin (foto) membuat laporan polis itu di Ibu pejabat Polis Dang Wangi petang semalam.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) turut membuat laporan polis terhadap Khalid atas perkara yang sama.

Mesti ikut undang-undang

Ketika dihubungi Malaysiakini, Azwanddin tidak menolak demonstrasi tetapi hendaklah mengikut prosedur undang-undang yang betul.

"Saya tidak menolak demontrasi, sebab Umno sendiri pernah buat demontrasi tapi (perlu) mengikut prosedur dan mengikut undang-undang (dengan memohon permit).

"Kita perlu mengajar rakyat mendapatkan permit (untuk berhimpun) terutama sekali di Selangor.

"Berapa banyak stadium dan dewan di negeri ini (boleh digunakan untuk berhimpun)?" soalnya.

Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid Macai210

Azwanddin yang juga pengerusi sebuah NGO tempatan, mengikut jejak langkah mantan bosnya, Ezam Mohd Nor menyertai Umno tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa penyertaannya dalam Umno menyebabkan beliau tidak bersetuju perhimpunan atau demontrasi diadakan.

Sebaliknya, kata Azwanddin, perhimpunan yang hendak diadakan perlu menetapkan objektifnya yang tersendiri.

Khalid wakili rakyat S'gor

"Sebaiknya, perhimpunan perlu ada objektif. Apa objektif perhimpunan itu dibuat. Perhimpunan yang dilakukan sekarang tidak ada arah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar perhimpunan harus diadakan di dalam stadium atau kerana ia adalah tempat yang selamat dan tidak mengganggu orang lain.

Menurut Azwanddin, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Khalid, kerana sebagai menteri besar, kenyataannya perlu mewakili rakyat Selangor dan bukan Pakatan Rakyat sahaja.

"MB kena jaga keselamatan rakyat Selangor. Tidak semua rakyat di Selangor bersetuju dengan apa yang dicadangkan.

"MB sebagai ketua negeri, perlu jaga keselamatan rakyat. Dalam konteks di Selangor, beliau sebagai pemerintah.

"Beliau kena jaga hati rakyat yang tidak bersama dengan Pakatan Rakyat," katanya.
Back to top Go down
https://llll0o0llll.forumms.net
 
Bekas exco Pemuda PKR bidas Khalid
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Antara Ketua Pengawas Dan Pemangku Ketua Pemuda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Apa Kehe Yeop !!!! :: Isu - isu Terkini Politik Pakatan Rakyat-
Jump to: